Masashi Hamauzu
Masashi Hamauzu | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai | Masashi |
| Kelahiran | 20 September 1971 Munich |
| Warganegara | Jepun |
| Genre | Klasik, ambien, elektronik |
| Pekerjaan | Penggubah, pemain piano, penulis lirik, penulis lagu, penyusun muzik dan pengarah filem |
| Alat muzik | Piano |
| Tahun aktif | 1996 |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | masashihamauzu.com |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Masashi Hamauzu (浜渦正志, Hamauzu Masashi, lahir September 20, 1971) adalah seorang penyusun muzik permainan video berbangsa Jepun yang telah berkerja di Square Enix dari tahun 1996 hingga 2010. Dia terkenal dengan kerjanya sebagai penyusun muzik Final Fantasy dan siri SaGa. Lahir dalam keluarga muzik di Jerman, Hamauzu dibesarkan di Jepun. Dia mulai minat muzik semasa bersekolah di tadika, dan mendapat latihan muzik dari ibubapanya.
Hamauzu diambil bekerja dengan Square (kini Square Enix) sebagai pelatih, dan seterusnya mula menyusun muzik dengan sendirinya pada tahun berikut dengan susunanChocobo no Fushigina Dungeon. Dia bekerja bersama rakan sekerjanya Junya Nakano dalam menyusun muzik beberapa permainan video dan bekerjasama dengan pengatucara synthesizer Ryo Yamazaki dalam kebanyakan tajuk semenjak SaGa Frontier 2.
Selepas Nobuo Uematsu meninggalkan Square Enix pada tahun 2004, Hamauzu mengambil alih sebagai penyusun muzik utama syarikat itu. Dia merupakan penyusun tunggal untukFinal Fantasy XIII dan juga telah menjadi penyusun piano yang terkenal dengan beberapa album, termasuk Sailing to the World oleh Yasunori Mitsuda pada tahun 2006. Musiknya mempunyai elemen-elemen muzik klasik dan muzik ambien dan pada tahun 2010, dia meninggalkan Square Enix untuk memulakan studionya yang tersendiri, Monomusik.