Final Fantasy

Final Fantasy (ファイナルファンタジー, Fainaru Fantajī) merupakan satu francais media yang dicipta oleh Hironobu Sakaguchi dan dimiliki oleh Square Enix yang merangkumi permainan video, filem dan barang dagangan lain. Siri ini bermula pada 1987 sebagai satu permainan video konsol berperanan eponim yang dihasilkan oleh Square, mewujudkan satu siri permainan video yang telah menyelamatkan Square dari muflis dan kemudian menjadi fokus utama syarikat ini. Sejak itu, francais Final Fantasy telah berkembang ke platform dan genre lain, seperti RPG bertaktik, permainan mudah alih, MMORPG, dan permainan untuk telefon bimbit. Sehingga Mac 2007, terdapat 28 permainan dalam francais ini, dengan tiga permainan baharu dalam siri Final Fantasy XIII yang dijangka keluar pada 31 Mei 2010. Siri ini telah mendorong pengeluaran tiga anime, dua filem CGI masa nyata, dan beberapa padanan kesusasteraan.