Marrakesh
Marrakesh
| |
|---|---|
Prefecture-level city | |
Atas: lebuh persiaran luar Masjid Kutubiyya Pemandangan Jemaa el-Fnaa | |
Peta Marrakesh | |
Marrakesh Lokasi Marrakesh dalam Maghribi Marrakesh Marrakesh (Afrika) | |
| Koordinat: 31°37′48″N 8°0′32″W / 31.63000°N 8.00889°W | |
| Negara | Maghribi |
| Kawasan | Marrakesh-Safi |
| Prefektur | Marrakesh |
| Didirikan | 1070 |
| Diasaskan oleh | Abu Bakr ibn Umar |
| Pentadbiran | |
| • Datuk Bandar | Fatima Zahra Mansouri |
| Aras | 466 m (1,529 ft) |
| Penduduk (2014) | |
| • Jumlah | 928,850 org |
| • Pemeringkatan | 4th in Morocco |
| Demonim | Marraksyi |
| Zon waktu | UTC+1 (CET) |
| Nama rasmi | Medina of Marrakesh |
| Kriteria | Cultural: i, ii, iv, v |
| Rujukan | 331 |
| Inskripsi | Sesi 1985 (ke-9 ) |
| Kawasan | 1,107 ha |
Marrakesh atau Marrakech (dari bahasa Perancis, Arab: مراكش, rumi: murrākuš; bahasa-bahasa Barbar: ⴰⵎⵓⵔⴰⴽⵓⵛ, rumi: amurakušbahasa-bahasa Barbar Kategori:Rencana dengan) ialah bandar keempat terbesar dalam negara Maghribi. Ia adalah salah satu daripada empat bandar diraja kerajaan negara tersebut terletak di sebelah barat kaki Pergunungan Atlas 580 kilometer jauh barat daya Tangier, 327 km barat daya ibu kota Rabat, 239 km jauh selatan Casablanca, dan 246 km jauh timur laut Agadir.
Kota ini diasaskan dalam kawasan orang Amazigh pada 1070 oleh Amir Abu Bakar ibn Umar sebagai kota pusat kerajaan Murabitun. Pembangunan kota ini diperkukuhkan benteng kubu merah terkenalnya sehingga dijolok "Kota Merah" (المدينة الحمراء, ville ocre) serta berkembang pesat sebagai suatu pusat kebudayaan, keagamaan dan perdagangan untuk rantau Maghreb benua Afrika sehingga beralih kepada Fes. Ia kembali menjadi kota diraja yang dimakmurkan semula semasa zaman kesultanan Saadiyah dari abad ke-16 menjadi tarikan terutamanya sebagai tempat beberapa wali dan sarjana Islam yang terkenal di rantau utara Afrika itu.
Kota moden sinambungan kini masih merupakan pusat ekonomi dan perdagangan berpengaruh di negara tersebut. Ia menempatkan Jemaa el-Fnaa iaitu dataran paling sibuk di Afrika, malah pekarangan kotanya menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1985.