Marrakesh

Marrakesh
Prefecture-level city

Atas: lebuh persiaran luar Masjid Kutubiyya
Pemandangan Jemaa el-Fnaa
Peta Marrakesh
Marrakesh
Lokasi Marrakesh dalam Maghribi
Marrakesh
Marrakesh (Afrika)
Koordinat: 31°37′48″N 8°0′32″W / 31.63000°N 8.00889°W / 31.63000; -8.00889
Negara Maghribi
KawasanMarrakesh-Safi
PrefekturMarrakesh
Didirikan1070
Diasaskan olehAbu Bakr ibn Umar
Pentadbiran
 • Datuk BandarFatima Zahra Mansouri
Aras
466 m (1,529 ft)
Penduduk
 (2014)
 • Jumlah928,850 org
 • Pemeringkatan4th in Morocco
DemonimMarraksyi
Zon waktuUTC+1 (CET)
Nama rasmiMedina of Marrakesh
KriteriaCultural: i, ii, iv, v
Rujukan331
InskripsiSesi 1985 (ke-9 )
Kawasan1,107 ha

Marrakesh atau Marrakech (dari bahasa Perancis, Arab: مراكش, rumi: murrākuš; bahasa-bahasa Barbar: ⴰⵎⵓⵔⴰⴽⵓⵛ, rumi: amurakušbahasa-bahasa Barbar Kategori:Rencana dengan) ialah bandar keempat terbesar dalam negara Maghribi. Ia adalah salah satu daripada empat bandar diraja kerajaan negara tersebut terletak di sebelah barat kaki Pergunungan Atlas 580 kilometer jauh barat daya Tangier, 327 km barat daya ibu kota Rabat, 239 km jauh selatan Casablanca, dan 246 km jauh timur laut Agadir.

Kota ini diasaskan dalam kawasan orang Amazigh pada 1070 oleh Amir Abu Bakar ibn Umar sebagai kota pusat kerajaan Murabitun. Pembangunan kota ini diperkukuhkan benteng kubu merah terkenalnya sehingga dijolok "Kota Merah" (المدينة الحمراء, ville ocre) serta berkembang pesat sebagai suatu pusat kebudayaan, keagamaan dan perdagangan untuk rantau Maghreb benua Afrika sehingga beralih kepada Fes. Ia kembali menjadi kota diraja yang dimakmurkan semula semasa zaman kesultanan Saadiyah dari abad ke-16 menjadi tarikan terutamanya sebagai tempat beberapa wali dan sarjana Islam yang terkenal di rantau utara Afrika itu.

Kota moden sinambungan kini masih merupakan pusat ekonomi dan perdagangan berpengaruh di negara tersebut. Ia menempatkan Jemaa el-Fnaa iaitu dataran paling sibuk di Afrika, malah pekarangan kotanya menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1985.