Markas Afrika Amerika Syarikat
| Markas Pemerintahan Afrika Amerika Syarikat | |
|---|---|
Lambang Markas Afrika AS | |
| Aktif | Ditubuhkan: 1 Oktober 2007 Diaktifkan: 1 Oktober 2008 |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Jenis | Markas Medan Bersepadu |
| Saiz | 2,000 (1,500 ditempatkan di HQ di Jerman) |
| Sebahagian daripada | Jabatan Pertahanan |
| Ibupejabat | Berek Kelley, Stuttgart, Jerman |
| Nama samaran | U.S. AFRICOM, USAFRICOM |
| Pertempuran | Campur tangan tentera 2011 di Libya Operasi Juniper Shield |
| Laman web | www.africom.mil |
| Komander | |
| Panglima | Jeneral Michael Langley, USMC |
| Timbalan bagi Operasi Ketenteraan | Leftenan Jeneral Kirk W. Smith, USAF |
| Pemangku Timbalan bagi Penglibatan Awam-Tentera | Duta Andrew Young, Jabatan Negara Amerika Syarikat |
Markas Pemerintahan Afrika Amerika Syarikat (USAFRICOM, U.S. AFRICOM, dan AFRICOM), adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, beribupejabat di Berek Kelley, Stuttgart, Jerman. Ia bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan AS, termasuk memerangi konflik serantau dan mengekalkan hubungan ketenteraan dengan 53 negara Afrika. Kawasan Tanggungjawabnya meliputi seluruh Afrika kecuali Mesir, yang berada didalam kawasan tanggungjawab Markas Tengah Amerika Syarikat. Bajet operasi ibupejabat U.S. AFRICOM ialah $276 juta dalam tahun fiskal 2012.
Panglima U.S. AFRICOM melapor kepada Setiausaha Pertahanan. Di negara masing-masing, Duta dari Amerika Syarikat terus menjadi wakil diplomatik utama bagi hubungan dengan negara tuan rumah.