Markas Tengah Amerika Syarikat

Markas Pemerintahan Tengah Amerika Syarikat
Lambang Markas Tengah AS
Ditubuhkan pada1983
Negara Amerika Syarikat
JenisMarkas medan bersepadu
Sebahagian daripadaJabatan Pertahanan
IbupejabatPangkalan Tentera Udara MacDill
Tampa, Florida, A.S.
Nama samaranCENTCOM
PertempuranPerang Teluk Parsi
Perang Iraq
Perang di Afghanistan
Operasi Inherent Resolve
Komander
Panglima MedanJeneral Michael Kurilla, USA
Timbalan PanglimaLeftenan Jeneral Gregory Guillot, USAF
Komander
terkenal
Jeneral David Petraeus
Laksamana William Fallon
Jeneral John Abizaid
Jeneral Tommy Franks
Jeneral Anthony Zinni
Jeneral Jim Mattis
Jeneral Norman Schwarzkopf
Jeneral Lloyd Austin
Tanda kebesaran
Lencana pengenalan khidmat tempur (Tentera Darat A.S. sahaja)

Markas Pemerintahan Tengah Amerika Syarikat (USCENTCOM atau CENTCOM) adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan mengambil alih tanggungjawab sebelumnya dari Pasukan Petugas Aturgerak Cepat Bersama (RDJTF).

Kawasan tanggungjawab CENTCOM merangkumi Timur Tengah, termasuk Mesir di Afrika, dan Asia Tengah, terutamanya Afghanistan dan Iraq. Pemerintahan ini menjadi penggerak utama Amerika dalam kebanyakan operasi ketenteraan, seperti Perang Teluk (Operasi Desert Storm, 1991), Perang di Afghanistan, dan Perang Iraq (2003–2011). Pada tahun 2015, tentera CENTCOM digerakkan sepenuhnya di Afghanistan (Operasi Freedom Sentinel, sebahagian dari Misi Bantuan Resolute NATO, 2015–kini), Iraq dan Syria (Operasi Inherent Resolve, 2014–kini) dalam peranan menyokong, membantu dan memberi nasihat.

Pada 1 April 2022, Panglima CENTCOM ialah Jeneral Michael Kurilla, dari Tentera Darat AS.

Daripada semua enam markas medan bersepadu serantau Amerika, CENTCOM adalah di antara tiga markas yang mempunyai ibupejabat di luar kawasan operasi (lagi dua ialah USAFRICOM dan USSOUTHCOM). Ibupejabat CENTCOM terletak di Pangkalan Tentera Udara MacDill, di Tampa, Florida. Sebuah ibupejabat hadapan telah didirikan pada tahun 2002 di Kem As Sayliyah di Doha, Qatar, yang pada 2009 beralih ke ibupejabat hadapan di Pangkalan Udara Al Udeid di Qatar.