Marco Polo

Marco Polo
مارکو ڤولو
Potret anumerta terawal Marco pada abad ke-17
Kelahiran15 September 1254
Meninggal dunia8 Januari 1324 (usia 69 tahun)
Venezia, Republik Venezia
DikebumikanGereja San Lorenzo
45°26′14″N 12°20′44″E / 45.4373°N 12.3455°E / 45.4373; 12.3455
WarganegaraVenezia
PekerjaanSaudagar, pengembara
Terkenal keranaLivres des Merveilles du Monde
PasanganDonata Badoer (m. 1300–1324)
Anak-anakFantina, Bellela and Moretta
Ibu bapa
  • Ibu: Nicole Anna Defuseh
  • Bapa: Niccolò Polo

Marco Polo (15 September 1254 - 8 Januari 1324) merupakan pedagang dan penjelajah bangsa Itali kelahiran Venezia. Beliau terkenal mengikuti keluarganya yang merupakan antara pengembara Barat terawal yang melalui Laluan Sutera ke China (yang dikenalinya sebagai Cathay).

Beliau melawat Khan Agung Empayar Mongol (Kublai Khan (cucu lelaki Genghis Khan). Perjalanannya ditulis dalam karyanya Il Milione. 1300) yang menggambarkan pemerhatian dan butiran dalam Empayar Mongol dan Dinasti Yuan secara terperinci lalu meluaskan pengetahuan masyarakat Eropah sezamannya kepada tanah-tanah Asia.