Mamoru Miyano
Mamoru Miyano | |
|---|---|
宮野 真守 | |
Miyano di Filem Festival Antarabangsa Tokyo 2019. | |
| Kelahiran | 8 Jun 1983 Wilayah Saitama, Jepun |
| Pekerjaan | |
| Tahun aktif | 1990–kini |
| Ejen | Himawari Theatre Group |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | |
| Laman web rasmi | miyanomamoru |
Mamoru Miyano (宮野 真守, Miyano Mamoru, lahir 8 Jun 1983) ialah seorang pelakon, pelakon suara latar dan penyanyi lelaki kelahiran Jepun. Sebagai pelakon suara, beliau menyuarakan karakter-karakter animasi yang terkenal iaitu Light Yagami di Death Note, Rintaro Okabe di Steins;Gate, Setsuna F. Sensei di Mobile Suit Gundam 00, Masaomi Kida di Durarara!!, Death the Kid di Soul Eater, Kiba di Wolf's Rain, Tamaki Suoh di Ouran High School Host Club, Kei Nagai di Ajin: Demi-Human, Ling Yao di Fullmetal Alchemist: Brotherhood, Rin Matsuoka di Free!, Chrollo Lucilfer di Hunter x Hunter, Taichi Mashima di Chihayafuru, Osamu Dazai di Bungo Stray Dogs, Tokiya Ichinose – Hayato di Uta no Prince-sama, Kōtarō Tatsumi di Zombieland Saga, dan Epsilon di Pluto. Beliau telah dicalonkan untuk anugerah Death Note di Anugerah Seiyu Pertama dan memenangi anugerah "Pelakon Suara Terbaik" di Pameran Anime Antarabangsa Tokyo 2008. Pada Anugerah Seiyu ke-2, beliau memenangi "Anugerah Pelakon Utama Terbaik" untuk peranannya sebagai Setsuna F. Seiei dalam Mobile Suit Gundam 00 dan sebagai Hakugen Rikuson dalam Kōtetsu Sangokushi. Single pertama beliau, "Kuon" (久遠, lit. Eternity), telah dikeluarkan di King Records. Pada Mac 2009, album sulungnya Break telah dikeluarkan.