Steins;Gate

Steins;Gate
Pembangun
Penerbit5pb.
PengarahTatsuya Matsubara
Pengeluar
  • Chiyomaru Shikura
  • Digitarou
  • Tatsuya Matsubara
ArtisHuke
Penulis/pengarang
  • Chiyomaru Shikura
  • Naotaka Hayashi
  • Shimokura Vio
  • Tanizaki Ouka
PenggubahTakeshi Abo
SiriScience Adventure
Pelantar
Dilancarkan pada
15 Oktober 2009
  • Xbox 360
    • JP: 15 Oktober 2009
    Microsoft Windows
    • JP: 26 Ogos 2010
    • WW: 31 Mac 2014
    PlayStation Portable
    • JP: June 23, 2011
    iOS
    • JP: 25 Ogos 2011
    • WW: 9 September 2016
    PS3, PS Vita
    • JP: May 24, 2012 (PS3)
    • JP: 14 Mac 2013 (Vita)
    • EU: 5 Jun 2015
    • NA: 25 Ogos 2015
    Android
    • JP: 27 Jun 2013
    PlayStation 4
    • JP: 10 Disember 2015
GenreNovel visual
ModPemain tunggal
Pautan luar
Tapak sesawangsteinsgate.jp
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Steins;Gate (シュタインズ・ゲート, Shutainzu Gēto) merupakan sebuah novel visual Jepun yang dibangunkan oleh 5pb. dan Nitroplus. Ini adalah permainan kedua dalam siri Science Adventure selepas Chaos;Head. Ia mengisahkan sekumpulan sahabat yang telah menemui dan membangun suatu teknologi yang membolehkan mereka menukar masa lampau. Tatamain Steins;Gate adalah meliputi senario bercabangan dengan ruang interaksi.

Steins;Gate telah dikeluarkan pada 15 Oktober, 2009 untuk Xbox 360. Ini adalah kali kedua kedua-dua syarikat terbabit bekerjasama selepas Chaos;Head. Sebuah port kepada sistem operasi Windows pada komputer peribadi telah dikeluarkan pada 26 Ogos, 2010 dan satu port untuk konsol permainan bimbit stesen permainan mudah alih Sony telah dikeluarkan pada 23 Jun, 2011, dengan port iOS menyusul pada 25 Ogos tahun sama dan Android pada 27 Jun 2013, seterusnya port untuk Vita juga terhasil pada 14 Mac 2013. JAST USA mengeluarkan versi PC di Amerika Utara pada 31 Mac 2014 secara digital dan koleksi terhad fizikal, dengan PQube mengeluarkan versi PS3 dan Vita di wilayah tersebut. Versi iOS Inggeris terbit pada 9 September 2016.

Sebuah adaptasi manga cerita yang dilukis oleh Sarachi Yomi mula disirikan di dalam majalah Monthly Comic Alive Media Factory pada September 26, 2009. Satu siri manga kedua yang diilustrasikan oleh Kenji Mizuta mula disirikan dalam Monthly Comic Blade Mag Garden pada Disember 28, 2009. Adaptasi anime oleh White Fox bersiaran di Jepun antara 6 April 2011 dan 14 September 2011, dan telah dilesenkan di Amerika Utara oleh Funimation . Sebuah filem animasi telah ditayangkan di pawagam Jepun pada 20 April 2013. Cakera peminat permainan itu, bertajuk Steins;Gate: My Darling's Embrace (Steins;Gate Hiyoku Renri no Darling), telah dikeluarkan pada 16 Jun 2011 di Jepun dan 11 Disember 2019 di pasaran antarabangsa.

Sekuel tak berkanun 8-bit kepada permainan ini, bertajuk Steins;Gate: Hen'i Kuukan no Octet atau Steins;Gate 8bit, telah dikeluarkan pada 28 Oktober 2011. Satu lagi permainan, Steins;Gate: Linear Bounded Phenogram, telah dikeluarkan pada 25 April 2013. Permainan susulan, Steins;Gate 0, telah dikeluarkan pada 10 Disember 2015, untuk PS3, PlayStation 4 dan Vita, dan menerima adaptasi anime pada 2018. Pembuatan semula novel visual asal yang dinamakan Steins;Gate Elite yang mengandungi babak yang beranimasi sepenuhnya daripada anime Steins;Gate telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation Vita, Nintendo Switch dan Steam pada 2019. Disertakan sebagai bonus untuk versi Nintendo Switch, permainan baharu yang dipanggil 8-bit ADV Steins;Gate dalam gaya permainan pengembaraan Famicom seakan dari tahun 1980-an, telah dikeluarkan. Sekuel tematik, dengan judul awal Steins;???, diumumkan sedang dalam pembangunan.