American Idol

American Idol
Formatrancangan permainan realiti interaktif
Pencipta Simon Fuller
PengarahBruce Gowers
Pengacara Ryan Seacrest
Brian Dunkleman (Co-host Season One 2002)
Negara asal United States
Penerbitan
Penerbit eksekutif Nigel Lythgoe
Ken Warwick
Simon Fuller
Penyiaran
Saluran asalFOX
ABC
Format gambar480i (SDTV),
720p (HDTV),
1080i (HDTV)
Siaran asal11 Jun 2002
Pautan luar
Laman sesawang

American Idol ialah rancangan pertandingan nyanyian tahunan Amerika Syarikat yang memulakan musim pertamanya pada 11 Jun 2002. Rancangan ini ialah salah satu daripada francais Idol, yang berasal dari rancangan realiti United Kingdom Pop Idol.

Rancangan ini bertujuan mencari bakat nyanyian muda terbaik di negara itu melalui ujibakat kebangsaan. Keputusan peringkat lanjut pertandingan ini ditentukan 100% oleh undian penonton. Formatnya menampilkan tiga atau empat orang juri yang menilai persembahan para peserta bagi memudahkan pilihan penonton.

Ryan Seacrest menyandang tugas sebagai pengacara sejak musim pertama. Brian Dunkleman juga merupakan salah seorang pengacaranya tetapi hanya untuk musim pertama sahaja.

American Idol disiarkan di rangkaian Fox di Amerika Syarikat dan di Fox Network dan CTV di Kanada. Konsep asal siri Idol direka oleh Simon Fuller (pengurus kumpulan Spice Girls dan S Club 7) dan dikembangkan oleh Simon Jones dari FremantleMedia. Pengarah-pengarahnya ialah Bruce Gowers (pengarah video muzik Bohemian Rhapsody oleh kumpulan Queen), Nigel Lythgoe (juri versi Amerika So You Think You Can Dance) dan Ken Warwick (Gladiators dan Grudge Match).

Di Malaysia, American Idol boleh diikuti melalui saluran Star World (Astro) dan 8TV.

Rancangan ini lazimnya bersiaran pada malam Selasa dan Rabu dan mendapat sambutan dari jutaan penonton.