Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa
6°09′23″N 102°17′43″E / 6.15635°N 102.29535°E
| Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa مكتب رنده ساءين س مارا ڤڠكالن چيڤا | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Jalan 14/44 Pengkalan Chepa, 16100, Kelantan Malaysia | |
| Maklumat | |
| Nama lain | MRSM Pengkalan Chepa MRSM PC MRSMPC MRSM KBPC MRSM Kota Bharu (nama asal) |
| Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
| Ditubuhkan | Februari 1973, dirasmikan pada 1975 |
| Status | Beroperasi |
| Pengetua | Tuan Hj. Ahmad Naszeri bin Salleh |
| Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Pn. Nor Azlyana binti Aziz |
| Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Nik Mohd Ariff bin Hj. Nik Ab Rahman |
| Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | En. Abang Johanizam Bin Abang Robil |
| Sistem pendidikan | Program Bitara
SPMRSM |
| Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
| Slogan | Look Ahead, Go Beyond "PC Number One" |
| Nama alumni | ANSARA Kota Bharu |
| Laman sesawang | pchepa |
| Kali terakhir dikemaskinikan: August 2025 | |
Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa (singkatan: MRSM Pengkalan Chepa) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh paling lama beroperasi di bawah institusi MRSM (selepas MRSM Seremban, yang kemudian ditukar menjadi Kolej MARA Seremban), yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di bandar Pengkalan Chepa, dalam jajahan Kota Bharu di negeri Kelantan. Ianya terletak kira-kira 8.2 km dari bandar Kota Bharu dan 4.7 km daripada Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.