Injera

Injera
Setalam injera bersama pelbagai lauk-pauk
Nama alternatifBiddeena/Tayta/Tajta
JenisRoti rata atau lempeng
Jenis sajianUtama, pencuci mulut
Tempat asal
Bahan utamaTepung tef (adakala juga gandum, barli, sekoi, jagung atau beras)
Bahan yang biasa digunakanTef, air 
Keragaman/variasiCanjeero, Canjeelo, Laxox
Tenaga makanan
(setiap 100 g hidangan)
131 kcal (548 kJ)
Nilai pemakanan
(setiap 100 g hidangan)
Protein4.95 g
Lemak1.26 g
Karbohidrat25 g
sunting · sunting di Wikidata

Injera (Amhara: እንጀራ ənǧära [ɨndʒəra]; Templat:Lang-om; bahasa Tigrinya: Tai'ta ; Somali: 𐒋𐒖𐒒𐒃𐒜𐒇𐒙, rumi: canjeero) adalah sejenis roti rata dimakan dalam kalangan masyarakat serantau Tanduk Afrika merangkumi Habsyah, Eritrea, Djibouti dan Somalia sebagai makanan ruji dan utama. Ia dihasilkan daripada adunan tepung yang diperam hampir mirip tosai menggunakan sejenis bijirin khas iaitu tef.

Hidangan ini sering dijamukan dengan pelbagai jenis lauk (wat) setalam di mana roti ini ditarik dengan tangan (tangan kanan yang paling afdal) untuk mengaut dan memakan lauk-pauk ini.