Garpu
Garpu atau garfu (dari perkataan Portugis: garfo) ialah alat makan bercabang - disebut gigi - di hujung untuk membantu mengambil makanan dengan menusuk tepat berbanding dengan sudu yang hanya mampu mengaut lebihan bersama makanan diingini. Sebahagian besar garpu memiliki 3 atau 4 gigi, ada juga seberapa jenis garpu hanya mempunyai 2 gigi. Kebanyakan garpu diperbuat daripada logam, namun ada juga diperbuat daripada plastik atau kayu.
Garpu lebih banyak digunakan dalam masakan Barat; masakan Asia lebih biasa mengaut makanan sama ada dengan penyepit (chopstick) mahupun tangan.Alat ini dipercayai dimulakan penggunaannya di Empayar Rom Timur pada abad ke-4.