Maharaja Tianqi

Maharaja Tianqi (23 Disember 1605 - 30 September 1627), nama peribadi Zhu Youxiao, adalah maharaja ke-15 dari Dinasti Ming China, yang memerintah dari 1620-1627. Beliau adalah anak sulung kepada Maharaja Taichang dan abang Maharaja Chongzhen, yang menggantikan beliau. "Tianqi", nama zaman pemerintahannya yang bermaksud "pembukaan syurga".