Maharaja Taichang
Maharaja Taichang (Cina: 泰昌; pinyin: Tàichāng; 28 Ogos 1582 - 26 September 1620), nama peribadi Zhu Changluo (Bahasa Cina: 朱 常 洛), ialah maharaja yang keempat belas Dinasti Ming China. Beliau merupakan anak sulung Maharaja Wanli dan menggantikan ayahnya sebagai maharaja pada tahun 1620. Walau bagaimanapun, pemerintahannya berakhir dengan mengejut apabila kurang daripada satu bulan selepas Istiadat Kemahkotaan, beliau ditemui mati pada suatu pagi di istana ekoran sakit cirit-birit. Beliau telah digantikan oleh anaknya, Zhu Youxiao, yang ditabalkan sebagai Maharaja Tianqi. Nama era beliau, Taichang, bermaksud "kemakmuran terbesar".