Diarea

Diarea
Cirit-birit
Mikrograf elektron rotavirus, penyebab hampir 40% kemasukan ke hospital akibat diarea pada kanak-kanak di bawah umur lima tahun
PengkhususanPenyakit berjangkit, gastroenterologi
GejalaPergerakan usus longgar dengan kerap, dehidrasi
PuncaKebiasaannya jangkitan (virus, bacteria, parasit)
Makanan atau air yang tercemar
PencegahanMembasuh tangan, vaksinasi rotavirus, penyusuan susu ibu
RawatanTerapi rehidrasi oral, makanan tambahan zink
Kekerapan≈2.4 bilion (2015)
Kematian1.3 juta (2015)
sunting

Diarea (disebut [di.a.ré.a], Ubt.) atau dikenali umumnya sebagai cirit-birit (Jawi: چيريت-بيريت) adalah kondisi kesihatan di mana sekurang-kurangnya tiga pergerakan usus menghasilkan tinja yang longgar, cair, atau berair (yakni "cirit") dialami setiap hari selama tempoh beberapa hari. Keadaan ini boleh mengakibatkan dehidrasi kerana kehilangan cecair badan dimunculkan tanda-tanda kehilangan regangan kulit normal dan tingkah laku mudah marah menyebabkan penurunan kencing, kehilangan warna kulit, degupan jantung yang cepat, dan penurunan daya tindak dalam tahap lebih parah. Tinja yang longgar tetapi tidak berair pada bayi yang disusui secara eksklusif adalah perkara biasa.