Maharaja Lawak Mega 2014
Maharaja Lawak Mega 2014 bertemakan "Superhero Lawak", sebuah program realiti bersiri terbitan Astro yang menggabungkan penyertaan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Penyertaan peserta adalah terbuka kepada semua pelawak sedia ada atau sudah menempa nama tanpa pengecualian penyertaan. Seramai 16 kumpulan pelawak 'Hot Seat' akan berentap di dalam Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung pada 31 Oktober 2014 bagi mendapatkan tempat bersama 10 kumpulan pelawak 'fast lane' yang lain untuk berentap di pentas Maharaja Lawak Mega 2014.
| Maharaja Lawak Mega 2014 | |
|---|---|
| Musim 4 | |
| Dihoskan oleh | Dato' AC Mizal |
| Juri | Dato' Jalaluddin Hassan Farah Quinn Taufik Batisah Fazura |
| Bil. peserta | 14 |
| Juara | Zero |
| Naib juara | Sepahtu |
| Lokasi | Royal Teater Shah Alam, Selangor |
| Bil. episod | 13 |
| Keluaran | |
| Rangkaian | Astro Warna Astro Mustika HD |
| Tarikh siaran | 14 November 2014 – 6 Februari 2015 |
| Kronologi | |