Astro Mustika HD

Astro Mustika HD
Negara Malaysia
Ibu pejabat Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
Saluran saudaraAstro Ria
Astro Prima
Astro Oasis
Tara HD
Hello
Go Shop 118
Go Shop 120
Astro Warna
Astro Box Office Movies Tayangan Hebat
Astro Citra
Astro Bella
Astro Maya HD
Bintang
Pelangi
Sejarah
Dilancarkan21 Mei 2012
Ditutup1 Oktober 2018
Digantikan olehAstro Citra HD
Pautan
Laman webwww.gempak.com

Astro Mustika HD ialah saluran televisyen satelit ke udara yang dimiliki oleh Astro dan dilancarkan pada 21 Mei 2012 dalam pek "Mustika" (dibubarkan dan bergabung dengan Primary Pack pada November 2021). Astro Mustika HD merupakan saluran Melayu Astro pertama yang disiarkan dalam definisi tinggi (HD) yang menampilkan filem tempatan, telenovela, komedi, konsert, dan sebagainya dari semua saluran Melayu Astro termasuklah Astro Ria, Prima, Oasis, Warna, Citra dan Bella (sebelum program dari Astro Ria, Prima dan Oasis bersiaran di Astro Maya HD).

Ia mengantikan saluran interaktif mesej pertama Astro, Astro @15 yang telah ditamatkan pada 1 Mei 2012, sekali gus Astro menawarkan pratonton secara percuma kepada pelanggan Astro B.yond yang tidak mempunyai pakej Mustika atau HD Pack sehingga 31 Julai 2012.

Hampir 6 tahun bersiaran, Astro Mustika HD akhirnya ditamatkan pada 30 September 2018 kerana saluran dari pek Mustika bakal berdefinisi tinggi secara kendiri (lagi-lagi Astro Warna sejak Mei 2017). Walau bagaimanapun, Mustika HD telah digantikan dengan saluran HD kendiri serentak Astro Citra pada sebulan kemudian, juga nombor saluran tersebut dipindahkan dari saluran 134 ke saluran 126 dan seterusnya berpindah ke saluran 108 pada 1 April 2020 akibat Astro mengutamakan saluran HD dihadapan.