Maharaja Lawak Mega 2012
| Maharaja Lawak Mega 2012 | |
|---|---|
| Musim 2 | |
Logo Maharaja Lawak Mega 2012 | |
| Dihoskan oleh | Dato' AC Mizal |
| Juri | Awie Wulan Guritno Najip Ali Lisa Surihani |
| Bil. peserta | 11 |
| Juara | Jozan |
| Naib juara | Jambu |
| Lokasi | Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam |
| Bil. episod | 10 |
| Keluaran | |
| Rangkaian | Astro Warna Astro Mustika HD |
| Tarikh siaran | 16 November 2012 – 18 Januari 2013 |
| Kronologi | |
Maharaja Lawak Mega 2012 merupakan sebuah program realiti terbitan Astro yang menggabungkan hampir kesemua pelawak ternama dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang sudah menempa nama di bidang seni ini dimana masing-masing mempunyai latar belakang yang mengagumkan dalam bidang seni. Setelah menobatkan kumpulan Osbon sebagai juara musim lalu, giliran Maharaja Lawak Mega 2012 menobatkan seorang lagi juara daripada 11 kumpulan pelawak yang akan berentap termasuk seorang peserta 'Hot Seat' yang memenangi Kerusi Panas MLM 2012. Mereka akan diadili oleh 4 orang juri tetap yang kesemuanya terdiri daripada selebriti yang bukan berlatarbelakangkan pelawak atau pelakon komedi untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor bermula pada 16 November 2012 di saluran Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).