Petaling Jaya City FC

Bandaraya Petaling Jaya
Nama penuhKelab Bola Sepak Bandaraya Petaling Jaya
Diasaskan26 April 2004 (2004-04-26), (PBIM)
4 Mac 2014 (2014-03-04), (MSIM-PBIM)
16 Januari 2019 (2019-01-16), (Kelab Bola sepak Bandaraya Petaling Jaya)
StadiumStadium Petaling Jaya,
Petaling Jaya, Selangor
(Kapasiti: 25,000)
Presiden Vijay Eswaran
Pengurus K. Rajendran
Jurulatih P. Maniam
LigaLiga Super Malaysia
2020ke-7
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Kelab Bola Sepak Bandaraya Petaling Jaya, atau dikenali Bandaraya PJ, ialah sebuah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai PBIM, kelab ini sedang bertanding di liga utama Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki oleh Qnet Group dan ditubuhkan bagi mewakili komuniti Petaling Jaya. Pada tahun 2016, kelab ini telah memenangi gelaran liga tahap ketiga, Liga FAM Malaysia dan telah dinaikkan pangkat ke liga tahap kedua bola sepak Malaysia, Liga Premier Malaysia. Kelab ini dikenali dengan nama KB Bandaraya PJ sejak 2019.