Liga Premier Malaysia 2020

Liga Premier Malaysia
Musim2020
Tarikh29 Februari – 9 Oktober 2020
JuaraPulau Pinang
(Gelaran ke-1)
DinaikkanPulau Pinang
Kuala Lumpur
Jumlah perlawanan66
Jumlah gol189 (2.86 per perlawanan)
Penjaring gol terbanyakCasagrande
(9 gol)
Kemenangan terbesar tuan rumahPerak II 5–1 Kuching
(5 September 2020)
Kemenangan terbesar pelawat7 gol
Selangor II 1–6 Johor Darul Ta'zim II
(20 September 2020)
Gol tertinggi9 gol
Kuala Lumpur 5–4 Selangor II
(25 September 2020)
Menang berturut-turut paling lama6 perlawanan
Pulau Pinang
Tanpa kalah paling lama10 perlawanan
Pulau Pinang
Tanpa menang berturut-turut paling lama6 perlawanan
Kuching
Kelantan United
Kalah berturut-turut paling lama6 perlawanan
Kelantan United
Kehadiran47,974 (Perlawanan No. 7 dan perlawanan yang dimainkan secara pintu tertutup tidak termasuk)
Purata kehadiran2,821 (Perlawanan No. 7 dan perlawanan yang dimainkan secara pintu tertutup tidak dikira)
2019
2021
Semua statistik tepat pada 9 Oktober 2020.

Liga Premier Malaysia 2020 adalah edisi ke 17 sejak Liga Premier Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004. Sebanyak 12 pasukan bertanding dalam liga ini termasuk 3 pasukan yang tersingkir dari Liga Super 2019 dan 2 pasukan yang dinaikkan dari Liga M3 2019.

Musim bermula pada 29 Februari dan berakhir pada 20 Julai 2020.

Pada 13 Mac, diumumkan bahawa liga akan ditangguhkan selama-lamanya, kerana berlakunya pandemik COVID-19. Pada 1 Mei, diumumkan bahawa liga akan disambung semula pada bulan September bergantung pada keadaan ketika itu. Sekiranya Liga-M tidak dibenarkan untuk beroperasi semula pada bulan September, musim akan dihentikan. Kerana kekangan masa, format tuan rumah dan pelawat untuk Liga Super dan Liga Premier telah dibatalkan. Pasukan sekarang akan bermain satu sama lain hanya sekali, yang bermaksud juara Liga Super dan Liga Premier akan diputuskan setelah 11 pusingan perlawanan.