Lumba-lumba (buruj)
| Delphinus | |
|---|---|
| Buruj | |
| Nama Latin | Delphinus |
| Singkatan | Del |
| Genitif | Delphini |
| Sebutan | /delfinus/, genitif /delfini/ |
| Simbolisme | Lumba-lumba |
| Pencerapan | |
| (Epok J2000) | |
| 21 | |
| Keserongan | +10 |
| Sukuan | NQ4 |
| Keluarga | Perairan Langit |
| Keluasan | 189 darjah persegi (ke-69) |
| Bintang | |
| Bintang utama | 5 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 19 |
Bintang dengan planet | 5 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 0 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 2 |
Bintang paling terang | Rotanev (β Del) (3.63m) |
| Bintang terhampir | HU Del (29.01 tc, 8.89 pc) |
| Objek | |
| Objek Messier | 0 |
| Pancuran meteor | Tiada |
| Buruj bersempadan | |
| Catatan | |
| Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −70°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan September. | |
| sunting | |
Lumba-lumba, Lelumba, Ikan Lumba-lumba, Ikan Lelumba, Dalfin, Dolfin, atau Delphinus (Del) ialah sebuah buruj di langit utara, dekat dengan khatulistiwa samawi. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud lumba-lumba. Delphinus merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden yang diiktiraf oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Buruj ini merupakan antara buruj yang kecil, berkedudukan ke-69 dari segi saiz.
Bintang-bintang tercerah Delphinus membentuk asterisme tersendiri yang mudah dikecam. Buruj ini disempadani (mengikut arah jam dari utara) oleh Vulpecula (Rubah Kecil), Sagitta (Panah), Aquila (Helang), Aquarius (Timba), Equuleus (Kuda Padi) dan Pegasus (Kuda Terbang).