Lukut

Lukut
Subbandar bagi Port Dickson
Pemandangan kawasan perumahan di Lukut
Koordinat: 2°34′N 101°50′E / 2.567°N 101.833°E / 2.567; 101.833
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahPort Dickson
Luak Sungai Ujong
Ditubuhkan1800 an (Di bawah naungan Selangor)
Diserahkan1880 (Diserap menjadi sebahagian daripada Sungai Ujong)
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatan di MalaysiaMajlis Perbandaran Port Dickson
 • Kawasan persekutuanPort Dickson
 • MPAminuddin Harun
 • Kawasan NegeriLukut
 • ADUNChoo Ken Hwa
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak disediakan
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "1 = Kerajaan tempatan]] "

Lukut (Jawi: لوكوت) merupakan sebuah bandar yang terletak ke sebelah timur laut Port Dickson, Negeri Sembilan. Bandar ini terletak sepanjang Laluan Persekutuan 53 LP 53, iaitu jalan lama yang menghubungkan Seremban dan Port Dickson, dan Laluan Persekutuan 5 LP 5, iaitu jalan pantai utama di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ramai penduduknya terdiri daripada kaum Cina.

Asalnya di bawah kekuasaan Selangor, Lukut pernah menjadi pusat perlombongan bijih timah yang penting, dan merupakan salah satu bandar terawal di Tanah Melayu. Terdapat sebuah kota pertahanan lama yang dipanggil Kota Lukut. Terdapat juga sebuah muzium di sini yang dinamakan Muzium Lukut berhampiran dengan Kota Lukut.