Love You Mr. Arrogant
| Love You Mr. Arrogant | |
|---|---|
| Genre | Melodrama Komedi Romantik |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Aliesha Kirana |
| Pencipta | Aliesha Kirana |
| Ditulis oleh | PGR'S Team Lee Chonz Chinta Nadeesha Mahbob |
| Pengarah | Eoon Shuhaini |
Dibintangi oleh | Zara Zya Azlee Khairi |
| Lagu pembukaan | "Tetap Menanti" oleh Nomad |
| Lagu penutup | Tetap Menanti oleh Nomad |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 26 |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Jalena Rejab |
| Lokasi | Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 25 September 2013 – 7 November 2013 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Cinta Jannah |
| Diikuti oleh | Playboy Itu Suami Aku |
Love You Mr. Arrogant ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Eoon Shuhaini, adaptasi dari novel 2012 dengan judul sama nukilan Aliesha Kirana terbitan Karya Seni. Siri ini disiarkan di TV3 menerusi Slot Akasia mulai 25 September 2013 hingga 7 November 2013, menggantikan Cinta Jannah. Dibintangi oleh Zara Zya dan Azlee Khairi, drama ini mencatat sejarah tersendiri apabila mengumpul jumlah penonton keseluruhan seramai 4.6 juta sepanjang siarannya.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.