Lokesh Cinematic Universe

Lokesh Cinematic Universe
Lokiverse
லோகேஷ் திரையுலக அண்டம்
Alam Sinematik Lokesh
PenciptaLokesh Kanagaraj
Hasil kerja asalKaithi (2019)
Dimiliki olehRaaj Kamal Films International
Dream Warrior Pictures
Filem dan televisyen
Filem

Lokesh Cinematic Universe' (LCU) (dalam bahasa melayu boleh diterjermahkan sebagai Alam Sinematik Lokesh) , juga dikenali sebagai Lokiverse, ialah sebuah francais media dan alam sinematik berkongsi dalam bahasa Tamil yang terdiri daripada filem-filem aksi ngeri yang dicipta oleh Lokesh Kanagaraj. Ia kini merupakan francais filem Tamil dengan kutipan tertinggi. Alam ini mengikuti konflik yang rumit antara pegawai penguatkuasa undang-undang dan kumpulan vigilante di India Selatan yang berperang menentang kartel dadah berbahaya yang diketuai oleh ketua jenayah yang berkuasa. Filem pertama dalam alam ini ialah Kaithi (2019), diikuti oleh Vikram (2022) dan Leo (2023). Siri ini dijangka diteruskan dengan Benz, filem LCU pertama yang tidak diarahkan oleh Lokesh.