Liyana Fizi
Liyana Fizi | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Liyana binti Mohamed Fizi |
| Kelahiran | 14 September 1983 Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Indie, folk, bossa nova |
| Pekerjaan | Penyanyi, pemuzik, penulis lirik dan penerbit rakaman |
| Alat muzik | Vokal, gitar |
| Tahun aktif | 2006–kini |
| Syarikat rakaman | Laguna Records (2006-2010) Liyana Fizi Music Publishing (2011-kini) |
| Anggota bagi | The Ramlees |
| Kegiatan berkaitan | Estrella |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Suami/isteri | Firdaus Karim (k. 2013) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | liyanafizi |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Liyana Mohamed Fizi (lahir 14 September 1983) merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penulis lirik, penggubah lagu dan penerbit rakaman wanita Malaysia. Beliau mula menceburi genre muzik indie pada tahun 2006 dan terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Estrella yang disertainya dari selama empat tahun serta berjaya meraih lapan pencalonan untuk Voize Independent Music Awards pada 2008.
Sebagai artis solo, beliau pernah melancarkan album sulungnya, Between the Lines pada September 2011. Album ini mengandungi 10 lagu termasuk yang digubah olehnya. Album ini diterbitkan di bawah pengurusannya sendiri iaitu Liyana Fizi Music Publishing dan diedarkan oleh Soundscape Records. Lagu Jatuh telah dimuatkan dalam album runut bunyi bagi filem Azura arahan Aziz M. Osman.