Between the Lines

Between the Lines
Album studio oleh
Dilancarkan pada11 September 2011
Dirakamkan padaApril 2011-Ogos 2011
GenrePop, jaz, indie
SyarikatLiyana Fizi Music Publishing, Soundscape Records
Single daripada Between the Lines
  1. "Light Writing"
    Dikeluarkan: 2010
  2. "Jatuh"
    Dikeluarkan: 2011
sunting · sunting di Wikidata

Between the Lines (bahasa Melayu: Antara Garisan) merupakan album studio sulung oleh Liyana Fizi yang dikeluarkan pada 11 September 2011. Album ini dilancarkan di Bentley Music Auditorium, The Curve, Mutiara Damansara. Selain itu, album ini merupakan hasil terbitan syarikat rakamannya sendiri, Liyana Fizi Music Publishing dan diedarkan oleh Soundscape Records. Album ini mengandungi 10 lagu yang kebanyakannya disusun oleh beliau sendiri selain daripada komposer Izaad Amir yang menjadi pemain gitar utama dan pengarah muzik untuk album ini. Lagu "Only One" merupakan persembahan beliau bersama artis indie tempatan, OJ Law. Proses rakaman bermula pada April di Bandung, Indonesia. Lagu "Jatuh" juga pernah dimuatkan dalam album runut bunyi bagi filem Azura.