Steve Carell

Steve Carell
Carell di Festival Filem Montclair 2014
Kelahiran
Steven John Carell

(1962-08-16) 16 Ogos 1962
Pusat pendidikanUniversiti Denison
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pelawak
  • penerbit
  • penulis
  • pengarah televisyen
Tahun aktif1989–kini
PasanganNancy Walls (k. 1995)
Anak-anak2

Steven John Carell (/kəˈrɛl/; lahir 16 Ogos 1962) merupakan seorang pelakon, pelawak, pengarah, penerbit dan penulis Amerika Syarikat. Carell paling dikenali dengan menjayakan watak Michael Scott dalam The Office (2005–2011), di mana beliau juga bekerja sebagai penulis, penerbit, dan pengarah.

Beliau pernah menjadi anggota dalam rancangan berformat berita hiburan iaitu The Daily Show with Jon Stewart dari 1999 sehingga 2005. Beliau turut berlakon dalam Anchorman: The Legend of Ron Burgundy (2004), The 40-Year-Old Virgin (2005), Evan Almighty (2007), Get Smart (2008), Crazy, Stupid, Love (2011), The Incredible Burt Wonderstone dan The Way, Way Back (kedua-duanya 2013). Beliau juga meminjamkan suaranya dalam filem animasi Over the Hedge (2006), Horton Hears a Who! (2008), dan francais Despicable Me (2010–2017).

Carell telah dicalonkan sebagai "lelaki paling lucu di Amerika" dalam majalah Life, dan menerima Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Terbaik - Siri Muzikal Televisyen atau Komedi untuk karyanya dalam musim pertama The Office. Peranannya sebagai pelatih gusti dan pembunuh bersalah John Eleuthère du Pont dalam filem drama Foxcatcher (2014) memperolehnya, di antara berbagai penghargaan, pencalonan untuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Terbaik, Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Terbaik - Drama Wayang Gambar dan Anugerah BAFTA untuk Pelakon Terbaik dalam Peranan Sokongan. Beliau juga menerima penghargaan untuk peranannya dalam Little Miss Sunshine (2006) dan The Big Short (2015), yang kedua mendapatnya pencalonan Anugerah Golden Globe yang kelapan.