Abigail Breslin
Abigail Breslin | |
|---|---|
Breslin pada tahun 2015 | |
| Kelahiran | Abigail Kathleen Breslin 14 April 1996 Bandar Raya New York, New York, A.S. |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
| Tahun aktif | 2002–sekarang |
Abigail Kathleen Breslin (lahir April 14, 1996) ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Beliau muncul dalam iklan komersial pertamanya ketika berumur tiga tahun dan filem pertamanya, Signs (2002) ketika berumur lima tahun. Peranan-peranan filem lain termasuk Little Miss Sunshine (2006) dimana beliau dicalonkan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik, No Reservations (2007), Nim's Island (2008), Definitely, Maybe (2008), My Sister's Keeper (2009), Zombieland (2009), Rango (2011), August: Osage County (2013), The Call (2013), Ender's Game (2013) dan Perfect Sisters (2014). Pada bulan September 2015, beliau muncul di dalam siri komedi seram, Scream Queens yang disiarkan di FOX.