Limfoma bukan Hodgkin

Limfoma bukan Hodgkin
Pengelasan dan sumber luaran
Mikrografi bagi sel mantel limfoma, sejenis limfoma bukan Hodgkin. Terminal ileum. pewarna H&E.
ICD-10C82-C85
ICD-9200, 202
ICD-O:9591/3
OMIM605027
P. Data Penyakit9065
MedlinePlus000581
eMedicinemed/1363 ped/1343
MeSHD008228
Penafian perubatan

Limfoma bukan Hodgkin (Non-Hodgkin lymphomas, NHL) adalah pelbagai kumpulan barah darah ("kemaglinanan hematologi") yang membabitkan sebarang jenis limfoma kecuali limfoma Hodgkin. Jenis NHL banyak berbeza dari segi tahap, dari pendam indolen kepada amat agresif.

Limfoma merupakan sejenis barah yang terhasil dari limfosit, sejenis sel darah putih. Limfoma biasanya dirawat dengan gabungan kemoterapi, antibodi monoklon, imunoterapi, terapi sinaran, dan pemindahan sel tunjang hematopoietik.

Limfoma bukan Hodgkin dikelaskan menurut Pengungkapan Kerja 1982 yang mengakui 16 jenis. Pengungkapan Kerjakini dianggap lapuk, dan pengelasan biasanya digunakan bagi perbandingan statistik dengan dekat terdahulu. Pengungkapan Kerja telah diganti dua kali.

Pengelasan limfoma terkini, pengelasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2008, kebanyakannya meninggalkan pengelasan "Hodgkin" lawan "Bukan-Hodgkin". Sebaliknya ia menyenaraikan lebih 80 bentuk limfoma berlainan dalam empat kumpulan besar.