Limfoma
| Limfoma | |
|---|---|
| Limfoma folikel menggantikan nodus limfa. | |
| Pengkhususan | Hematologi, onkologi |
| Gejala | Nodus limfa besar, demam, kepeluhan, berat badan menurun, kegatalan, kepenatan |
| Virus Epstein-Barr, penyakit autoimun, HIV/AIDS, merokok | |
| Biopsi nodus limfa | |
| Rawatan | Kemoterapi, terapi sinaran, terapi proton, terapi bersasar, pembedahan |
| Prognosis | Kelangsungan lima tahun purata 85% (AS) |
| Kekerapan | 4.9 juta (2015) |
| Kematian | 204,700 (2015) |
| sunting | |
Limfoma adalah sejenis barah yang terjadi pada limfosit (jenis sel darah putih pada sistem ketahanan tubuh vertebrat), di mana ia terdiri daripada pelbagai jenis. Biasanya, limfoma hadir sebagai tumor pepejal sel-sel limfoid. Rawatan mungkin melibatkan kemoterapi dan dalam beberapa kes radioterapi dan/atau pemindahan sumsum tulang di mana ia boleh disembuhkan bergantung kepada histologi, jenis dan peringkat penyakit. Sel-sel berbahaya ini sering berasal dari nodus limfa. Pada abad ke-19 dan abad ke-20, penyakit ini disebut penyakit Hodgkin kerana dijumpai oleh Thomas Hodgkin pada 1832. Limfoma dikategorikan kepada limfoma Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin.