Limfosit

Limfosit
Sebuah imej mikroskop elektron imbasan untuk satu sel limfosit manusia
Butiran
SistemSistem imun
FungsiSel darah putih
Pengenalpastian
MeSHD008214
THH2.00.04.1.02002
FMA84065 FMA:62863, 84065
Istilah anatomi mikroanatomi

Limfosit ialah sejenis sel darah putih (leukosit) yang merupakan sebahagian daripada sistem imun dalam kebanyakan haiwan vertebrata. Antara jenis-jenis sel limfosit yang ada termasuklah sel T (untuk keimunan penyesuaian sitotoksik dan berperantara sel), sel B (untuk keimunan penyesuaian pacuan antibodi dan humoral), serta sel limfoid semula jadi (ILC) (sel "kelihatan seperti sel T semula jadi" ini terlibat dalam keimunan mukosa dan homeostasis). Antara subjenis ILC terpenting ialah terutamanya sel pemusnah semula jadi (yang berfungsi dalam pengantaraan sel, keimunan semula jadi sitotoksik). Kesemua jenis limfosit merupakan jenis sel utama yang terdapat dalam limfa, yang mendorong nama "limfosit" (dengan sit bermaksud sel). Limfosit membentuk antara 18% sehingga mencecah 42% daripada sel darah putih yang beredar.