Likuor coklat

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Sari coklat
Sari coklat
Mesin coklat (kanan) mengisar dan memanaskan biji koko menghasilkan sari coklat kemudiannya dicampurkan susu, gula, dan bahan-bahan lain ke dalam melanger (kiri)
Nama alternatifLikuor koko
JenisCoklat
Bahan utamaBiji koko
Bahan yang biasa digunakanBiji koko 
sunting ยท sunting di Wikidata

Sari coklat (bahasa Inggeris: chocolate liquor) atau sari koko (cocoa liquor) ialah perahan lumatan biji koko yang telah ditapai, dikeringkan, dibakar, dan dibuang kulit; ia dibentuk pejal atau separa pepejal. Seperti biji koko (uraian) yang dihasilkan, ia mengandungi pepejal koko dan mentega koko dalam kadar nisbah yang hampir sama. Ia diasingkan kepada pepejal koko dan mentega koko ataupun disejukkan dan dibentuk menjadi blok coklat mentah. Kegunaan utamanya (selalunya dengan tambahan mentega koko) adalah membuat coklat.

Sari coklat mengandungi kira-kira 53 peratus lemak mentega (lemak), kira-kira 17 peratus karbohidrat, 11 peratus protein, 6 peratus tanin, dan 1.5 persen teobromina.