Liga Super Malaysia 2005

Liga Super Malaysia
Musim2005
JuaraPerlis
DisingkirkanPublic Bank
Sabah
Piala AFCPerlis (peringkat kumpulan)
Jumlah perlawanan84
Jumlah gol239 (2.85 per perlawanan)
Penjaring gol terbanyak18 gol
Julio Cesar Rodriguez
Zacharia Simukonda
2004

Liga Super Malaysia 2005 merupakan edisi yang kedua Liga Super Malaysia, liga profesional bola sepak di Malaysia diperkenalkan pada musim lepas. Edisi kali ini telah disertai sebanyak enam pasukan yang kekal di Liga Super serta dua pasukan dari Liga Premier 2004 dipromosikan ke Liga Super iaitu MPPJ dan TM Melaka menggantikan pasukan yang disingkirkan ke Liga Premier 2005 iaitu Sarawak dan Kedah. Sepak mula ialah pada 29 Januari 2005 sehingga 9 Julai 2005. Pahang ialah juara bertahan pada edisi sulung Liga Super dan secara keseluruhan sebanyak lima kejuaraan dalam liga tertinggi di Malaysia.

Perlis telah berjaya menjuarai Liga Super dan menjulang kejuaraan sulung liga tertinggi di Malaysia secara automatik melayakkan diri ke Piala AFC bersama Selangor dari Liga Premier setelah berjaya menjuarai Piala FA.