Sarawak FA
| Nama penuh | Persatuan Bola Sepak Sarawak (Football Association of Sarawak) | ||
|---|---|---|---|
| Gelaran |
| ||
| Diasaskan | 1974 | ||
| Stadium | Stadium Negeri Sarawak Kuching, Sarawak (Kapasiti: 22,000) | ||
| Presiden | Abang Zulkarnain Abang Abdurahman | ||
| |||
Persatuan Bola Sepak Sarawak merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Sarawak. Sarawak tidak pernah menjuarai Piala Malaysia dalam sejarah penyertaannya di Liga Malaysia tetapi pernah memenangi Liga Perdana, Piala FA Malaysia, dan Piala Sumbangsih. Pada tahun 1999, Sarawak mara ke pusingan kedua Piala Kejuaraan Piala Asia tetapi tewas kepada Kashima Antlers dari Jepun.