Liga Super Malaysia 2004

Liga Super Malaysia
Musim2004
JuaraPahang FA
DisingkirkanKedah FA
Sarawak FA
Piala AFC 2005Pahang FA (peringkat kumpulan)
Perak FA (peringkat kumpulan)
Kejohanan Kelab ASEANPahang FA (peringkat kumpulan)
Jumlah perlawanan84
Jumlah gol271 (3.23 per perlawanan)
Penjaring gol terbanyak15 gol
Indra Putra Mahayuddin (Pahang FA)
← 2003
2005

Liga Super Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004. Ia menggantikan Liga-M sebagai peringkat paling tinggi untuk kelab bola sepak Malaysia.

Sepak mula bermula pada 14 Februari 2004. Pahang FA mendominasi musim ini dan bergelar juara dengan perbezaan mata yang besar. Pemain Pahang FA, Indra Putra Mahayuddin menjadi penjaring terbanyak musim ini dengan 15 gol. Dia kekal sehingga hari ini, sebagai pemain Malaysia yang terakhir memenangi anugerah itu.

Gol tertinggi untuk perlawanan musim ini ialah kemenangan Perlis FA ke atas Kedah FA dengan keputusan 6-2 pada 31 Julai 2004.