Liga Perdana Mesir

Liga Perdana Mesir
الدوري المصري الممتاز
Egyptian Premier League
Negara Mesir
KonfederasiCAF
Ditubuhkan22 Oktober 1948
Bilangan pasukan18
Disingkirkan keDivisyen Kedua Mesir
ArasTahap 1
Piala domestikPiala Mesir
Piala Super Mesir
Piala antarabangsaLiga Juara-Juara CAF
Piala Konfederasi CAF
Juara semasaZamalek SC (kejuaraan ke-14) (2019–20)
Kejuaraan terbanyakAl Ahly SC (42 titles)
Rakan TVONTime Sports dan Time Sports
(siaran langsung perlawanan dan sorotan)
Tapak sesawangegyptianproleague.com
Liga Perdana Mesir 2023–24

Liga Perdana Mesir (Bahasa Arab: الدوري المصري الممتاز; Bahasa Inggeris: Egyptian Premier League) adalah liga bola sepak profesional di Mesir dan peringkat teratas dalam sistem liga bola sepak Mesir. Liga ini terdiri daripada 18 pasukan sejak musim 2015–16 dan beroperasi pada sistem promosi dan penyingkiran dengan Divisyen Kedua Mesir. Musim kebanyakannya berlangsung dari Ogos hingga Mei. Tidak seperti kebanyakan liga lain, semua permainan dimainkan sepanjang minggu. Semua kelab Liga Perdana Mesir layak ke Piala Mesir. Juara Liga Perdana Mesir layak ke Piala Super Mesir.

70 kelab telah bertanding dalam Liga Perdana Mesir sejak penubuhannya pada 1948. Al Ahly telah memenangi gelaran sebanyak 42 kali, lebih banyak daripada kelab-kelab lain. Hanya enam kelab lain yang pernah memenangi liga sebelum ini; kelab-kelab tersebut ialah Ghazl El Mahalla, Ismaily, Al Mokawloon Al Arab, El-Olympi, Tersana dan Zamalek.

Liga Perdana Mesir adalah salah satu liga kebangsaan teratas, berada di kedudukan ketiga di Afrika menurut Kedudukan 5 Tahun CAF untuk musim 2019-20, berdasarkan persembahan dalam pertandingan Afrika sejak lima musim yang lalu.

Liga Perdana Mesir pernah menjadi salah satu liga dengan rata-rata kehadiran penonton di stadium tertinggi di Afrika dan Timur Tengah sehingga rusuhan Stadium Port Said berlaku pada 1 Februari 2012 setelah perlawanan liga yang melibatkan Al Masry dan Al Ahly, di mana 74 orang terbunuh dan lebih daripada 500 yang lain cedera. Sejak hari itu, semua perlawanan bola sepak domestik dimainkan secara tertutup sehingga 2017 ketika pihak berkuasa keselamatan tempatan mula membenarkan peminat menghadiri pertandingan terpilih dengan jumlah yang meningkat secara beransur-ansur bermula dari 100 kehadiran sahaja.