Liga Juara-Juara CAF

Liga Juara-Juara CAF
Ditubuhkan1964 (1997 dalam format terkini)
KawasanAfrika (CAF)
Jumlah pasukan8 (Peringkat kumpulan)
52 (Jumlah)
Juara semasa ES Sétif (2 kali)
Kelab paling berjaya Al Ahly (8 kali)
Laman sesawangcafonline.com
Liga Juara-Juara CAF 2015

Kejohanan Liga Juara-Juara CAF (Bahasa Inggeris: CAF Champions League) merupakan satu kejohanan bola sepak bermusim (tahunan) yang membabitkan kelab-kelab terunggul di Afrika dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF). Pemenang kejohanan ini mendapat tempat ke Piala Kelab Dunia FIFA, kejohanan yang dipertandingkan di antara kelab-kelab juara dari semua enam benua, dan juga layak ke perlawanan Piala Super CAF antara pemenang Piala Konfederasi CAF. Kelab dari Mesir, Al Ahly adalah kelab yang paling berjaya dalam sejarah pertandingan, setelah memenangi kejohanan sebanyak lapan kali. Kelab Mesir telah mengumpul jumlah tertinggi kemenangan, memenangi gelaran sebanyak 14 kali. Juara bertahan adalah ES Sétif yang memperoleh kemenangan kali kedua dalam pertandingan itu selepas menewaskan AS Vita Club dalam pusingan akhir 2014.