Liga Perdana Inggeris 2007–08
| Musim ini, persaingan atau edisi: Liga Perdana Inggeris 2007–08 | |
| Sukan | Bola sepak |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1992 |
| Bil. pasukan | 20 |
| Negara | England |
| Juara lalu | Manchester United F.C. |
Musim Liga Perdana Inggeris 2007–08 (dikenali sebagai Liga Perdana Barclays atas sebab tajaan) musim ke-16 semenjak penubuhannya. Perlawanan pertama musim terebut telah dimainkan pada 11 Ogos 2007, dan siri perlawanan terakhir pada 11 Mei 2008. Manchester United merupakan juara bertahan, setelah memenangi Liga Perdana buat kali kesembilan dan johan liga kali ke-16 secara keseluruhan. Penjaring gol pertama pada musim ini adalah Michael Chopra, yang telah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-94 bagi Sunderland melawan Tottenham pada perlawanan awal. Kad merah pertama pada musim ini telah diberikan pada pemain Reading, Dave Kitson setelah melakukan kesalahan ke atas Patrice Evra pada perlawanan pembukaan melawan Manchester United. Hatrik pertama pula dijaringkan oleh Emmanuel Adebayor semasa Arsenal menewaskan Derby County.
Pada 11 Mei 2008, hari terakhir perlawanan, Manchester United menewaskan Wigan Athletic 2–0 manakala pencabarnya Chelsea seri 1–1 dengan Bolton Wanderers, dengan itu memberikan Manchester United gelaran kesepuluh Liga Perdana, dan yang ke-17 keseluruhannya. Manakala di bahagian bawah liga, Birmingham City dan Reading yang walaupun menang menewaskan Blackburn Rovers 4-1 dan Derby County 4-0, tersingkir dari Liga Perdana bersama-sama Derby County disebabkan oleh kemenangan Fulham ke atas Portsmouth 1-0.