Patrice Evra
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Patrice Latyr Evra | ||
| Tarikh lahir | 15 Mei 1981 | ||
| Tempat lahir | Dakar, Senegal | ||
| Ketinggian | 174 cm (5 ka 9 in) | ||
| Posisi permainan | Bek kiri | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Marseille | ||
| Nombor | 21 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1992–1993 | CO Les Ulis | ||
| 1993–1997 | CSF Brétigny | ||
| 1997–1998 | Paris Saint-Germain | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 1998–1999 | Marsala | 24 | (3) |
| 1999–2000 | Monza | 3 | (0) |
| 2000–2002 | Nice | 40 | (1) |
| 2002–2006 | Monaco | 120 | (2) |
| 2006–2014 | Manchester United | 273 | (7) |
| 2014–2017 | Juventus | 53 | (3) |
| 2017– | Marseille | 0 | (0) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2002–2003 | Perancis B21 | 11 | (0) |
| 2004– | Perancis | 81 | (0) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 3 Disember 2016 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22 November 2016 | |||
Patrice Evra (lahir 15 Mei, 1981 di Dakar, Senegal) merupakan pemain bola sepak Perancis-Senegal, yang bermain untuk Marseille di Ligue 1. Beliau bermain di posisi bek kiri walaupun beliau mampu untuk bermain di bahagian sayap kiri.
Anak kepada seorang diplomat, beliau telah tiba di Eropah menerusi Brussel dimana bapa beliau telah ditugaskan semasa beliau kecil. Beliau telah dibesarkan di Les Ulis, Essonne, Perancis dimana beliau tinggal bersama keluarga dari tahun 1984 hingga 1998 sebelum berpeluang ke Marsala, Itali. Disitulah beliau mula bermain pada tahun 1986 dan jatuh cinta dengan permainan ini. Beliau telah berkembang dengan ketara bersama Thierry Henry pada tahun-tahun awal mereka. Mereka menganggap diri mereka sebagai rakan karib pada masa kecil. Patrice mempunyai sejumlah 23 adik-beradik [1].