Liga Juara-Juara UEFA
| Ditubuhkan | 1955 (dijenamakan semula pada 1992) |
|---|---|
| Kawasan | Eropah (UEFA) |
| Jumlah pasukan | 32 (peringkat kumpulan) 79,80, atau 81 (jumlah) |
| Layak ke | Piala Super UEFA Piala Kelab Dunia FIFA Piala Kelab Konfederasi FIFA |
| Perlawanan berkaitan | Liga Europa UEFA (Tahap ke-2) Liga Konferensi Eropah UEFA (dirancang Tahap ke-3) |
| Juara semasa | Real Madrid (15 gelaran) |
| Kelab paling berjaya | Real Madrid (15 gelaran) |
| Penyiar televisyen | Oyenren tv |
| Laman sesawang | Laman web rasmi |
| Liga Juara-Juara UEFA 2024–25 | |
Liga Juara-Juara UEFA (bahasa Inggeris: UEFA Champions League) merupakan satu kejohanan bola sepak bermusim (tahunan) anjuran Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah membabitkan kelab-kelab terunggul yang ada di benua tersebut.
Pada awalnya, kejohanan ini dinamakan Piala Eropah sebelum musim 1992-93. Kemudiannya ditukar kepada Liga Juara-juara Eropah bermula tahun 1992.
Kejohanan ini mempunyai tiga peringkat kelayakan untuk memasuki peringkat kumpulan. Biasanya pasukan-pasukan yang hebat memulakan perlawanan pada peringkat kumpulan yang melibatkan 32 pasukan. 16 pasukan yang layak daripada peringkat ini mara ke peringkat-peringkat kalah mati, sehinggalah perlawanan akhir di sebuah stadium yang ditentukan.