Liga Europa UEFA 2024–25
Stadium San Mamés di Bilbao akan menjadi tuan rumah untuk pentas akhir. | |
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Tarikh | Kelayakan: 11 Julai – 29 Ogos 2024 Persaingan: 25 September 2024 – 21 Mei 2025 |
| Pasukan | Persaingan: 25+11 Jumlah: 45+31 (dari 41 persatuan) |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 72 |
| Jaringan gol | 200 (2.78 per perlawanan) |
| Kehadiran | 1,991,045 (27,653 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Yunus Akgün (Galatasaray) Ayoub El Kaabi (Olympiacos) Samu Omorodion (Porto) 4 gol |
← 2023–24 2025–26 →
Semua statistik tepat pada 7 November 2024. | |
Liga Europa UEFA 2024–25 akan menjadi musim ke-54 kejohanan kelab bola sepak Eropah yang dianjurkan oleh UEFA, dan musim ke-16 sejak ia dinamakan semula daripada Piala UEFA ke Liga Europa UEFA. Ini akan menjadi musim pertama yang dimainkan di bawah format baharu, yang manggantikan 32 pasukan dalam peringkat baharu menjadi 36 pasukan . Format baharu juga tidak membenarkan pasukan berpindah dari Liga Juara-Juara UEFA peringkat kumpulan ke Liga Europa peringkat kalah mati, dan dengan itu pemenang Liga Europa musim 2023–24, Atalanta tidak dapat mempertahankan gelaran mereka.
Pentas akhir akan dimainkan pada 21 Mei 2025 di Stadium San Mamés di Bilbao, Sepanyol. Pemenang Liga Europa 2024–25 akan layak diri secara automatik ke Liga Juara-Juara UEFA 2025–26 peringkat kumpulan dan dapat hak untuk bermain menentang pemenang Liga Juara-Juara UEFA 2024–25 dalam Piala Super UEFA 2025.