Penyakit kencing tikus

Penyakit kencing tikus
Nama lain
Leptospirosis, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7 hari
Leptospira, dibesarkan 200 kali dengan mikroskop lapangan gelap.
PengkhususanPenyakit berjangkit
GejalaTiada, sakit kepala, sakit otot, demam
KerumitanPendarahan peparu, meningitis, kegagalan buah pinggang
Permulaan biasa
Satu hingga dua minggu
PuncaLeptospira, biasanya disebarkan oleh rodensia
Pendedahan terhadap haiwan berjangkit, terutamanya kencing atau air serta tanih lembap tercemar
Ujian darah untuk mengesan antibodi menentang bakteria atau DNA-nya
Malaria, demam enterik, riketsiosis, demam denggi
PencegahanPeralatan perlindungan peribadi, penjagaan kebersihan, doksisiklina
RawatanDoksisiklina, penisilin, seftriakson
PrognosisRisiko kematian ~7.5%
KekerapanSejuta orang setahun
Kematian58,900 setahun
sunting

Penyakit kencing tikus atau leptospirosis (juga dikenali sebagai penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu dan demam 7 hari) merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada bakteria filum Spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan "penyakit jangkitan akut dengan splenomegali, penyakit kuning dan nephritis". Leptospira pertama kali dilihat pada 1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat. Pada 1908, Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab dan pada 1916 menyedari kehadirannya pada tikus.

Sebanyak lebih kurang 13 genetik bakteria Leptospira berbeza boleh berjangkit pada manusia. Ianya disebarkan melalui haiwan liar atau haiwan ternakan. Rodensia merupakan haiwan yang biasa direkodkan menyebarkan bakteria ini, melalui permukaan atau air yang tercemar dengan air kencing haiwan ini yang kemudiannya menyentuh di bahagian kulit, mata atau hidung. Dalam negara dunia ketiga, penyakit ini biasanya tersebar di kalangan pekebun atau mereka yang kurang memberi perhatian kepada kebersihan sekeliling.

Tanda dan gejala mungkin tiada, tetapi juga melibatkan gejala ringan (sakit kepala, sakit otot dan demam) hingga teruk (pendarahan peparu atau meningitis).

Untuk membasmi penyakit ini, biasanya pemakaian peralatan perlindungan digunakan pada mereka yang berdepan dengan haiwan yang berpotensi dijangkiti bakteria ini, atau membasuh di bahagian yang terkena permukaan yang telah dicemari dengan bakteria ini atau mengurangkan jumlah tikus di kawasan yang berkepadatan tinggi. Terdapat juga vaksin khas untuk haiwan untuk membendung beberapa jenis Leptospira yang berpotensi mengurangkan risiko pembawaan penyakit kepada manusia. Bagi manusia, terdapat beberapa vaksin yang digunakan bagi pesakit yang diserang penyakit ini seperti doksisiklina, penisilin atau seftriakson.

Dianggarkan sejuta kes kencing tikus dicatatkan dalam setahun, dengan kira-kira 58,900 kematian. Penyakit ini biasanya terjadi di kawasan beriklim tropika panas, namun begitu ianya berpotensi untuk disebarkan di kawasan beriklim lain.