Zoonosis
Zoonosis adalah jangkitan yang disebarkan di antara haiwan vertebrata dan manusia atau sebaliknya . Zoonosis mendapat perhatian secara global dalam beberapa tahun terkini baik mengenai epidemiologi, mekanisme penghantaran penyakit dari haiwan ke manusia, diagnosa, pencegahan dan kawalan .
| Zoonosis | |
|---|---|
| Pengelasan dan sumber luaran | |
Gambar anjing dengan penyakit anjing gila. | |
| P. Data Penyakit | 28555 |
| MeSH | D015047 |
| Penafian perubatan | |
Zoonosis (/[invalid input: 'icon']ˌzoʊ.əˈnoʊs[invalid input: 'ɨ']s/) atau zoonose merupakan sebarang penyakit berjangkit yang boleh menular antara spesies (dalam sesetengah kes, melalui vektor) dari haiwan pada manusia atau dari manusia pada haiwan (yang kemudian kadangkala dipanggil zoonosis songsang atau anthroponosis). Dalam kajian merangkumi 1,415 pathogen yangdiketahui menjejaskan manusia, 61% adalah zoonotik. Kemunculan pathogen pada spesies hos baru dikenali sebagai pencerobohan penyakit.
Kemunculan bidang silangdisplin bagi perubatan konservasi, yang menyatukan perubatan manusia dan veterinari, dan sains persekitaran, kebanyakannya berkenaan zoonoses.