Leo II (maharaja)

Leo II
Solidus Leo II, ditanda: Templat:Abbreviation leo et zeno Templat:Abbreviation Templat:Abbreviation
Maharaja Rom dari Timur
Augustus17 November 473 –
November 474
Kemahkotaan17 November 473
Didahului olehLeo I
Diikuti olehZeno
Bersama
Lihat senarai
  • Leo I (hingga 18 Januari)
    Zeno (dari 29 January)
    Glycerius (Barat, 473–474)
    Julius Nepos (Barat, 474)
CaesarOktober 472 – November 473
Keputeraans. 467
KemangkatanNovember 474 (usia 7 tahun)
Konstantinopel
(kini Istanbul, Turki)
PemakamanGereja Rasul Suci
WangsaLeonid
AyahandaZeno
BondaAriadne

Leo II (Yunani: Λέων, Leōn; s. 467 – November 474) merupakan maharaja Rom dalam masa yang singkat pada tahun 474. Baginda merupakan paduka putera kepada Zeno, jeneral Isauria dan bakal maharaja, dan Ariadne, paduka puteri kepada maharaja Leo I (r. 457–474), yang memerintah empayar Rom Timur. Leo II dijadikan maharaja bersama dengan paduka nendanya Leo I pada 17 November 473, dan menjadi maharaja tunggal pada 18 Januari 474 selepas Leo I mangkat akibat disenteri. Paduka ayahandanya Zeno dijadikan maharaja bersama oleh Senat Bizantium pada 29 Januari, dan baginda berdua memerintah bersama buat masa yang pendek sebelum Leo II mangkat pada November 474. Tarikh tepat kemangkatan Leo tidak diketahui.