Disenteri
Disenteri (disebut [di.sén.tĕ.ri], Ubt.) atau nama umumnya cirit darah serta berak berdarah adalah kondisi keradangan perut usus mengakibatkan pengeluaran tinja cair (atau "cirit") yang turut berlendir dan berdarah. Gejala lain mungkin termasuk demam, sakit perut, dan rasa buang air besar yang tidak lengkap. Komplikasi yang boleh menyusul mungkin termasuk kekurangan air dalam badan.
Kondisi disenteri disebabkan oleh jangkitan bakteria (biasanya Shigella) atau amoeba (Entamoeba histolytica) tetapi boleh juga disebabkan pendedahan kepada bahan kimia tertentu, jangkitan protozoa lain atau cacing parasit. Ia boleh merebak sesama individu terutamanya melalui risiko pencemaran makanan dan air dengan najis kerana sanitasi buruk; penyediaan makanan yang selamat serta membasuh tangan merupakan langkah berkesan untuk menjaga diri di kawasan-kawasan berisiko tinggi kondisi ini.