Caesar (gelaran)
Kaisar (Jawi: قيصر serapan Arab: قَيْصَر) gelaran yang digunakan banyak takhta maharaja seberapa kerajaan dunia zaman-berzaman. Ia mula-mula dari nama Caesar (disebut [ˈkaːjzar]) iaitu gelaran (cognomen) gunaan Gaius Julius, seorang bangsawan yang mengambil alih Republik Rom sebagai seorang "pengarah abadi" (dictator perpetuo) pada tahun 44 Sebelum Masihi; beliau mendapat nama Caesar ini sebagai cicit keturunan Sextus Julius Caesar, seorang pegawai. Gelaran Caesar sebagai pangkat untuk seseorang penguasa bertahan sampai ke empayar Byzantium terserap dalam bahasa Yunani (Καῖσαρ Kaisar) gunaan kerajaan ini mula-mula untuk pewaris takhta Maharajanya sebelum beralih kepada putera kedua dan ketiga sejak zaman Theodosios I sambil digantikan gelaran raja muda ini dengan Αὔγουστος aúgoustos yang setaraf "raja se-takhta".
Gelaran Καῖσαρ Kaisar ini dikenali warga Parsi Sasaniyah di tanah Iran (Parsi: قیصر روم, rumi: Qaysar-i Rum) dan orang Arab serata Timur Tengah menerus kepada kerajaan-kerajaan Islam yang akhirnya memuncak dengan penaklukan kota Kustantiniyah dari tangan Byzantium oleh balatentera Sultan Muhammad al-Fatih yang mengekalkan gelaran ini (dalam bahasa Turki Uthmaniyah: قيصر Kayser); dari titik inilah gelaran ini terserap ke dalam persuratan bahasa Melayu melalui pengaruh dunia Islam.