Kalung pakaian istiadat

Kalung pakaian rasmi (livery collar) atau kalung kuasa (chain of office) ialah sejenis kalung atau rantai berat, biasanya diperbuat daripada emas, yang dipakai sebagai lambang jawatan rasmi, atau sebagai tanda kesetiaan atau pertalian lain di Eropah sejak Zaman Pertengahan.

Salah satu kalung pakaian istiadat yang paling lama dan terkenal ialah Collar of Esses, yang telah digunakan secara berterusan di England sejak abad ke-14.