Kesateria Malta
Golongan Tentera Hospitaller Berdaulat Santo John dari Baitulmuqaddis, Rodos dan Malta (Itali: Sovrano Militare Ordine Ospedaliero di San Giovanni di Gerusalemme di Rodi e di Malta; Latin: Supremus Militaris Ordo Hospitalarius Sancti Ioannis Hierosolymitani Rhodiensis et Melitensis), atau nama pendeknya Kesateria Malta adalah golongan tentera kesateria dan bangsawan kerja amal Katolik.
Entiti ini ada disebut sebagai "negara berdaulat terkecil di dunia", namun ia tiada tanah milik sendiri tetapi sebaliknya beribupejabat di Palazzo Malta, Roma, Itali. Ia berhubungan diplomatik dengan 110 buah negara serta menganggotai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai pemerhati. bahkan ia juga memiliki bentuk pengenalan tersendiri seperti pasport dan setem.
Ia dipimpin seorang ketua bergelar "Putera dan Tuan Besar" (Itali: Principe e Gran Maestro, bahasa Inggeris: Prince and Grand Master).