Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
Malaysian Investment Development Authority
MIDA
Intisari agensi
Dibentuk1967 (1967)
Agensi terdahulu
  • Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatMIDA Sentral, No.5, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Dato' Abdul Majid Ahmad Khan, Pengerusi
  • Dato' Azman Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi induk
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI)
Dokumen penting
  • Akta Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (Diperbadankan) 1965
Laman sesawang
www.mida.gov.my/home/

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA (bahasa Inggeris: Malaysian Investment Development Authority) ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia ditubuhkan bagi memberi nasihat kepada kerajaan persekutuan dan negeri-negeri dalam dasar-dasar pembangunan perusahaan, memberi khidmat runding cara kepada syarikat-syarikat asing tentang sektor perusahaan di Malaysia, mengurus pelesenan perniagaan dan pengecualian tarif atau duti import, di samping menyelaras rancangan kemajuan industri. Agensi ini dahulunya dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia.